Want your
own Fotopage?








 
(¯`·.♥-CrystalEye-♥.·´¯)

By: Crystal Eye

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Jun-2007 06:01 Email | Share | Bookmark
Hindari bau peluh dan ketiak!



Hindari bau peluh dan ketiak!

Jika kamu mempunyai masalah bau badan, ayuh jangan tunggu sehingga orang sekeliling menjauhi kamu. Mulakan langkah mengatasinya dari sekarang agar kamu lebih yakin untuk bergaul. Apa yang perlu kamu lakukan?

1. Badan kamu berbau tengit, masam, dan bau-bauan yang kurang menyenangkan, pastikan kamu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan sabun mandian yang mengandungi antiseptik.

2. Jangan lupa untuk membersihkan badan kamu terutamanya di kawasan ketiak iaitu punca bau badan serta tempat pengumpulan bakteria.

3. Selepas mandi, pastikan kamu mengelap sehingga kering ketiak kamu dan sapukan deodoran di tengah-tengah ketiak kamu.

4. Elakkan daripada memakai bedak di ketiak kerana ia akan membuatkan ketiak kamu melekit serta boleh menghitamkannya.

5. Elakkan daripada memakai deodoran semasa kamu sedang berpeluh. Ini akan membuatkan ketiak kamu kelihatan basah dan menambahkan bau yang kurang menyenangkan. Seeloknya, cuci terlebih dahulu ketiak itu dan barulah memakai deodoran. Ketiak kamu akan terasa lebih segar.

6. Paling penting, jangan biarkan bulu ketiak kamu itu terlalu panjang. Seeloknya cukur atau
potong bulu ketiak kamu itu agar ia kelihatan kemas dan bersih.

7. Jika badan kamu tergolong dalam kategori kuat berpeluh, pakai deodoran yang berasaskan semburan, manakala jika tahap perpeluhan kamu pada kadar biasa, deodoran ‘on roll’ sesuai untuk kamu.

8. Bau ketiak ini berlaku apabila kelenjar peluh dalam (apocrine) iaitu kelenjar yang paling aktif, bertindak balas dengan bakteria boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

9. Selain daripada deodoran kamu juga boleh menggunakan bedak khas untuk menghilangkan anti bau ketiak yang terdapat di farmasi.

10. Kamu juga boleh menggunakan anti perspirant untuk menghilangkan bau yang memeningkan ini.

11. Seimbangkan diet kamu. Cuba elakkan daripada mengambil makanan yang pedas, serta banyak mengandungi bawang putih, bawang besar dan juga bawang merah. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan memberi kesan kepada peluh kamu.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net