Want your
own Fotopage?






 
(¯`·.♥-CrystalEye-♥.·´¯)

By: Crystal Eye

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Sep-2007 13:07 Email | Share | Bookmark
Anak PM borong lukisan politik Hishamuddin Rais

 
 
 
 
 
Anak PM borong lukisan politik Hishamuddin Rais
14-09-2007 08:55:48 PM
Oleh FATHI ARIS OMAR


PETALING JAYA: Nori Abdullah, anak perempuan Perdana Menteri, membeli semua karya seni aktivis dan penulis Hishamuddin Rais, antaranya yang memaparkan imej Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Albert Einstein dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula sebagai Marilyn Monroe yang seksi.


Abdullah (kiri) dalam imej Einstein dan Wan Azizah sebagai Marilyn yang seksi.

Nori, yang selamat melahirkan anak sulung lelaki semalam, membeli semua 10 keping lukisan di pameran 'Bebaslah Malaysia @ 50'. Foto-foto itu setiap satu berharga RM800.

Pameran di sebuah galeri di bangunan tambahan Pasar Seni, Kuala Lumpur itu dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara. Ia diadakan selama lebih dua minggu dan berakhir hujung minggu lepas.

Ditemani seorang rakannya, isteri naib ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin itu yang sedang sarat mengandung, datang lebih awal beberapa jam di galeri Valentine Willie sebelum acara perasmian pada 23 Ogos dan sempat bertemu Hishamuddin di situ.

Hishamuddin memberitahu mStar Online hari ini, dalam pertemuan itu, beliau mencadangkan kepada Nori agar membeli sekeping lukisan bapanya sebagai hadiah untuk Abdullah.

Bagaimanapun, tambah penulis kolum makanan di sebuah majalah tempatan itu, Nori berkata "tidak, tidak, saya beli semuanya. Saya tidak mahu mereka terpisah-pisah antara satu sama lain. Saya akan pamerkan di bilik saya nanti."

Tambahnya, Nori juga berkata kepadanya "memang lucu apabila kita melihat (imej) diri kita sendiri. Rakyat Malaysia mesti boleh berjenaka seumpama lukisan-lukisan ini."

Selain Abdullah dan Wan Azizah, tokoh-tokoh politik lain yang dijadikan subjek olahan kreatifnya: bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketua pembangkang Lim Kit Siang, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengerusi DAP dan peguam terkenal Karpal Singh, Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz.

Bertemakan 'Kalaulah', foto Dr Mahathir dipaparkan sebagai seorang hakim, Abdul Hadi sebagai seorang urban hippie, Lim sebagai seorang pemuda punk berketurunan Cina, Anwar (rasta man yang cool), Karpal (Ketua Polis Negara), Samy (sami Buddha di sebuah kuil), Rafidah (wanita seksi berambut afro yang sedang memegang pistol) dan Najib (sadhu, golongan agama di India).

Hishamuddin berkata semua tokoh politik ini dipilih kerana imej-imej mereka sering menguasai ingatan orang Malaysia dan mereka boleh diangkat sebagai "ikon" negara di sepanjang 50 tahun kemerdekaan.

"Tetapi orang ramai melihat mereka dari satu sisi sahaja. Mereka ada satu imej sahaja. Apa akan jadi jika kita memberikan mereka gambaran dan tafsiran berlainan ke atas imej mereka? Sebab itu tema yang dipilih 'kalaulah' mereka ...," katanya.

"Misalnya, saya ubah suai (deconstruct) Wan Azizah menjadi seorang wanita manis dan seksi. Bayangkan, ke manakah Terengganu akan dibawa jika ia ditadbir oleh seorang menteri besar yang berjiwa urban hippie seperti Abdul Hadi digambarkan dalam lukisan saya.



Lim Kit Siang (kiri) sebagai punk, Abdul Hadi pula urban hippie & Rafidah Aziz sebagai wanita seksi berambut afro.

Ditanya sebab beliau memilih imej-imej tokoh politik sahaja dalam pameran ini dan tidak memilih imej tokoh-tokoh dalam bidang lain, Hishamuddin berkata: "Imej-imej ini sudah menjadi sebahagian utama lanskap budaya Malaysia, mereka sudah sampai di peringkat ikon besar di negara ini."

"Berbeza dengan negara-negara lain yang mempunyai tokoh-tokoh dalam bidang berlainan tetapi di Malaysia, ikon-ikon utama negara semuanya orang politik. Imej mereka ada di mana-mana. Mereka menguasai keghairahan visual orang Malaysia.

"Di negara kita, politik ibaratnya sudah sebati dengan keinginan seks. Imej-imej ini membangkitkan keghairahan visual kepada orang yang melihatnya," kata Hishamuddin lagi, sebagai seorang pensyarah teori filem di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Menurutnya, imej-imej Abdullah, Dr Mahathir dan Wan Azizah merupakan tiga lukisan yang paling digemari pembeli-pembeli lukisan di pameran tersebut. Selain individu, karya-karya ini juga dibeli oleh beberapa galeri, tambahnya.

Selain Hishamuddin, pameran itu turut disertai artis-artis Liew Kung Yu, Saiful Razman dan Eiffel Chong.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net